Tuesday, November 18, 2014 0 comments

Mistik & Seram

Ini adalah pengalaman aku yang pelik, mana taknya cuba korg bayangkan if korg     dalam situasi aku masa tu, apa korang rasa? belum cerita mcm mana nk rasa kn kn? Ceritanya begini, cewahh.. masa tu aku bekerja sebagai supervisor di sebuah pusat karaoke, bos aku buat makan2 sbbnya biasalah if sale naik mestilah dpt bercuti or makan2 betul x? kami plan nk buat mkn2 sambil mandi air terjun, plan punya plan dapat gak destinasi iaitu ke ulu yam. Esoknya, kami pun berangkat ke ulu yam, bila sampai je kat sana semua staf buat muka, ala biasa la muka yg mcm ada rasa2 mcm x best, maklumlah kami ni suka air terjun, pastu ada sorg staf aku ni dia bg cadangan g mandi air terjun kat hulu selangor, lama jugak la nk smpi kene redah hutan lagi, penat beb ddk dlm keta, tempat yg staf aku bwk ni mmg cantik dan yg bestnya air terjun tu 7 tingkat ada dalam ada x, suasana of coz la nyaman, kami pun memulakan aktivit riadah macam biasa la, panggang ayam, ikan dan yg sepatutnya la, aku ni jenis yg suka men dgn batu, ala yg suka tegakkan batu tu, tu da mmg kebiasan aku bila jumpa sungai haha, jadi aku naik ke atas la sbb kat atas xde org kn, so bila aku naik, aku ternmpk ada org berpakaian mcm pendekar masa dulu, aku x pelik sgt sbb aku igt ada shooting filem, sbb masa sampai tadi aku ada nmpk van van utk org shooting, so aku ni jenis gatal suka nk inteframe haha, so aku ikutlah skali. Aku pelik org yg pakai mcm pendekar ni buat dekk je mcm buat2 xnmpk aku ikut dia, ikut punya ikut smpi lah ke destinasi shooting tu, punyalah ramai orang, semua pakai baju org2 dulu, aku da rasa mcm parti costume je, siap chalet yg cantik lak tu, chalet tu mcm rumah kampung dulu2, ada org ni aku pun x kenal, mmg la sbb br jumpa, dia pun x kenal aku, dia dtg kat aku, tnya nama aku takut gak kalau kalau dia marah ke, tapi eksperesi muka seolah olah x marah,  dlm hati tah tah dia nk ajak berlakon skali mana tau nk masuk tv haha. Aku jwb la nama aku endy ddk kat gombak, mcm2 la aku citer, dia tanya mcm mana boleh smpi tempat tu, aku jwb sbb ikut brader tu yg berlakon tu, dia ckp yg tmpt ni kampung, belum pernah org dtg kat tmpt ni. aku pun pelik, habis org shooting tu apa? Maybe org shooting buat kat kampung tu kot, dorg ikut short cut dr jalan sungai lg senang kot sbb aku ni suka fikir positive, fikir logic dulu, dia diamkn je, pastu dia perkenalkan diri dia sebagai suran, apa kelakar nama dia dlm hati la, xkn nk ckp depan2 gila kau, kena tapek skali br kau tau, dia bwk aku pergi umah dia, biasa la jalan kampung, jauh la sikit. Sbnr aku x igt pun yg aku berkelah sbb aku rasa kampung ni buat aku lupa semua benda kat dunia smpi perasaan syak pun xde. Aku ikut la smpi ke rumah, jumpa mak ayah dia, ayah dia org panggil pak itam mak dia org panggil mak itam la of course. kebetulan mak dia br habis masak,  jadi dia jemput la aku mkn skali, aku pantang ada makanan kampung, mmg licin pingan dibuatnya haha. kami pun berbual panjang, mcm org kampung tanya orang bandar, mcm2 di tnya. Tup tup aku br teringat yg aku g camping ngn bos aku, apa lg aku pun salam pak itam ngn mak itam, aku ckp kat suran aku nk balik sbb staf2 n bos aku tggu. Aku pelik mcm mana aku x igt yg aku g camping ngn bos n staf2 aku tu hadoy mau kena maki ni, blah terus ikut jalan aku yg aku lalu tadi, suran pesan kat aku sebelum aku blah, jgn pandang belakang smpi aku jumpa tempat brader pakai baju org lama2 tadi tu, pastu masa aku smpi, ada orang panggil nama aku, ramai lak tu. Yg panggil nama aku tu sapa.tah, bkn aku kenal pun, dia ckp hilang da 4 hari. Aik tu yg aku pelik smpi skrg ni.
Monday, April 22, 2013 0 comments

Nikmat Terpenting Dalam Hidup

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? Surah AR-RAHMAN (55:13) 

Aku sentiasa melihat ayat ini agar aku tidak lupa siapa diri aku sebagai HAMBA ALLAH S.W.T, tetapi sebagai hamba ALLAH S.W.T yang lemah dan tidak berdaya, aku sentiasa lalai dalam melakukan kewajipan yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T kepadaku.

Pemurahnya ALLAH S.W.T adalah dengan memberi AL-QURAN kepada umat manusia agar manusia bersyukur, seringkali aku bertanyakan kepada diriku sendiri, adakah aku bersyukur? dan aku sering berkata kepada diriku, bagaimana untuk mengenal ALLAH S.W.T? jawapan aku dapat adalah dengan megenali nama-nama-NYA, 

Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik. Surah TAHA (20:8)

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. Surah AN-NAHL (16:78)

ayat diatas menerangkan bagaimana fungsinya akal manusia melalui pendengaran, penglihatan dan hati (membezakan yang haq dan bathil)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. Surah AL-ARAF ( 7: 179)


Monday, November 26, 2012 0 comments

Cinta.. Cinta.. Cinta..

Cinta sesama manusia itu mengelirukan dan cinta sesama manusia itu buta, sehingga seorang manusia sanggup untuk mengorbankan diri sendiri kerana cinta . kekeliruan pada makna cinta menyebabkan manusia tidak mementingkan sesiapa dan diri sendiri. cinta itu kadangkala dapat menjatuhkan AGAMA dan MARUAH seseorang, kerana cinta seperti itu menyebabkan manusia menjadi seperti orang yang hilang arah. tetapi cinta itu juga penting, cinta hanya kepada ALLAH S.W.T
2 comments

Agungnya rezeki mu ya RABB...

Assalammualikum

Sesungguhnya rezeki, jodoh dan ajal maut di tangan ALLAH S.W.T . itu lah yang sentiasa aku praktik kn dlm hidup aku, perinsip ini lah yang membuatkan aku sentiasa tabah dan sabar menghadapi ujian dari NYA. tapi kadangkala kite lupa dengan ALLAH S.W.T . kite hanyalah manusia biase yang sentiasa membuat kesilapan, tapi xkn smpi banyak kali kot??? 

cube korang muhasabah diri, apa yang korang dapat if korg membuat kesilapan yang bagi korg tu seronok?? contohnya macam pergi night club or minum arak n hisap dadah, kenapa perlu dibanggakan? apa yang memuasakan diri sendiri dengan mematikan hati?? 

bukan aku nk cakap besar la, aku pernah melalui segala yang aku sebutkan di atas. walaupun aku penah melalui segala bende yang aku sebutkan tapi sebenarnya jauh di sudut hatiku, aku mencari apa yang sesuatu yang lebih menyeronokkan lebih dari pergi night club, drunk and drug. 

dan now aku sudah menjumpainya, aku sebenarnya dilahirkan sebagai manusia yang keluarganya porak peranda. tapi aku tidak pernah menyalahkan mereka, walaupun kadangkala terlintas di hati bagaimana daif nya hidup aku nie. 

aku masih teringat sewaktu aku menyentuh ARAK , aku menyebut BISMILLAHHIRAHMAN'NIRAHIM, tiba-tiba badan aku mengeletar seperti aku takutkan sesuatu . aku rasa serba salah. salahnya aku pada tuhan yang menciptakan aku .

kadangkala kita sebagai manusia sentiasa melakukan kekhilafan, tiada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W, dan sebagai manusia kita tidak terlepas dari ujian, setiap ujian yang diberikan adalah kerana ALLAH S.W.T menyayangi kita, ALLAH S.W.T tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak dapat kita tempuhi kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T Maha Mengetahui.

aku sering terlupa untuk mengingati ALLAH S.W.T, aku sentiasa melebihkan duniawi daripada akhirat. berzikir kepada ALLAH S.W.T adalah suatu nikmat yang menakjubkan.
0 comments

DOA IFTITAH


ALLAHU AKBARU KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW-WASUBHANALLAHI BUKRATAW-WA-ASILA. WAJJAHTU WAJHIA LILLAZI FATARAS SAMA-WATI WAL-ARDHA HANIFAM-MUSLIMAW-WAMA ANA MINAL-MUSYRIKIN. INNA SALATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL-'ALAMIN. LA SYARIKALAHU WABIZA-LIKA UMIRTU WA ANA MINAL MUSLIMIN.

Maksud ayat:

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 



Tuesday, May 29, 2012 0 comments

Sejarah Melayu Telah Diputarbelitkan!


Kita telah diajar mengenai bangsa melayu didalam buku teks semasa dibangku sekolah, tentang bagaimana PARAMESWARA meneroka semenanjung dan menamakan negeri itu sebagai negeri MELAKA, tetapi adakah korang lupa yang sebenarnya melayu memang sudah lama ada di tanah semenanjung? berdasarkan FAKTA, asal usul Hang Tuah 5 bersaudara, dimana mereka berasal daripada Negeri Kelantan walhal pada masa itu kerajaan LANGKASUKA (Kedah, Kelantan dan Pattani) sudah lama wujud. jadi dengan fakta ini, adakah benar PARAMESWARA adalah orang pertama yang membuka kerajaan di semenanjung? 


cuba kita lihat catatan daripada pengembara cina dan juga pengembara arab yang pernah melawat ke tanah yang kaya dengan hasil teknologi ini. .Misalnya catatan Chang Chun,duta dinasti Sui yang melawat Chi tu dalam abad ke-7 Masehi:


Kerajaan Chi-tu, yang sama bentuk dengan Funan, adalah terletak di laut selatan. Melalui laut, ia boleh dicapai lebih dari 100 hari perjalanan.Warna tanah di tempat itu adalah merah, dengannya nama kerajaan itu dinamakan. Di timurnya ialah kerajaan Po-lo-la,di barat ialah kerajaan Po-lo-suo dan di selatan ialah Ho-lo-tan. Di utaranya ialah laut. Negeri ini keluasannya beberapa ribu li (1 li bersamaan 6.667 meter persegi).Nama keluarga rajanya ialah Qu-tan,namanya pula ialah Li-fu-dou-sai," kerajaan asal LANGKASUKA.


Catatan dari pengembara dan pedagang yang bernama Sulaiman yang mencatatkan satu kerajaan besar
Thursday, May 17, 2012 0 comments

Aku Tak Campur Tangan Dengan Agenda Politik

Politik! secara jujur aku kurang faham apa Agenda politik pada masa kini, Media Massa dan Media Elektronik memainkan peranan dalam mewujudkan permainan politik. Apa yang aku faham, kenapa negara aku menjadi huru-hara? kenapa negara aku seperti negara yang mempunyai sistem yang tidak teratur?

secara jujur politik bukan apa yang aku minat, aku hanyalah sekelompok rakyat Malaysia yang mahukan kedamaian, Negara yang adil dan Negara yang mempunyai Unsur-unsur Islam yang sebenar. Kenapa mesti politik dan ketamakan yang diutamakan? kenapa tidak mementingkan unsur kasih sayang, prikemanusian dan saling tolong-menolong sesama ISLAM? Kenapa negara yang ditindas tidak ditolong?

kenapa hanya pertolongan yang sedikit diheboh-hebohkan? dengar dari kata-kataku ini. Aku hanyalah rakyat yang suka membodohkan diri dan berdiam diri jika tidak terusik tetapi akan bangun dan menentang apabila di tindas! ingat negara ini sedang ditindas untuk mendapatkan keuntungan. dibawah adalah diantara sedutan video oleh George Carlin, dengar dan contohi! 


Sunday, April 15, 2012 0 comments

Kawan Dan Iklan!!!


Tak habis-habis dengan advertising, aku membuat blog ni bukan untuk duit. Aku membuat blog ni untuk mendapatkan kawan, meluahkan perasaan dan mendapatkan info-info yang berguna untuk diri aku. Apa yang ada pada duit jika korang masih lagi cetek ilmu AGAMA? jangan menghambakan diri dengan duit. jangan kerana duit dosa-dosa bertambah dan maruah tergadai.

aku membuat BLOG bukan kerana popularity, aku membuat blog untuk menjalinkan ikatan silaturahim menerusi teknologi yang telah manusia ciptakan dengan keizinan daripada ALLAH S.W.T. 

kepada rakan-rakan,  please jangan anggap yang aku membuat blog ini kerana untuk kepentingan diri sendiri. aku hanyalah meluahkan perasaan untuk menjadikan diri aku lebih kuat dan lebih bersemangat untuk melalui hari-hari esok.
0 comments

Keletihan Akan Redha

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah memperkenankan doaku dan menolongku selama ini, finally project akhirku telah siap cuma, thesis je belum siap.  sudah berminggu aku tidak tidur lena untuk menyiapkan project akhir ni.

project dah siap now continue back to our thesis, berjela-jela menaip, ingatkan boleh menaip sekejap je rupanya payah jugak nak menghabiskan. lagi-lagi perasaan bosan dan malas menghantui diri haha .
Sunday, December 25, 2011 0 comments

Pening! Pening!


Hari ini aku follow member aku mencari ex dia, kesian dia desperate sgt. aku x tau la apa nk jadi dengan kau. nasib baik la kau nie member baik aku if x aku da campak kau kat lombong da haha , ramai wanita solehah kat dunia ni cari je, kau susah apa? perasaan? perasaan mmg la rindu tapi if tiada jodoh xkn kau nk paksa tol x? aku pun x faham dengan kau nie kawan.
Tuesday, December 6, 2011 0 comments

mengiler punye debat~ budak sengal

aku pelik la , aku nk kata angin gile ngn budak nie pun ade gak. dye nie da la carik pasal tibe² pastu gile lak tu . aku pun x tau nk ckp ape . kang aku pun terikut perangai mengarut dye haha . sudah la budak pastu da salah xnk ngaku . selenge sendiri la katakan haha. ini wajah budak tu 


muke je cun tapi perangai YA ALLAH . seram weyh . 

yang ni aku amek dr blog dye , kuat kutuk budak nie . haiyo karawale

so pade sape² yg kenal dye sorry to says dye nie selenger hahaha


Saturday, December 3, 2011 0 comments

bersyukur mempunyai seorang ayah yang sangat bertangungjawab (; sayang ayah ku. walaupun menduda dia sanggup xnk kawin sbb ingin menjaga kami adik beradik , siang malam beliau membanting tulang untuk memberi kami sesuap nasi . 

terima kasih ya ALLAH kerana telah memberi seorang ayah yang sangat baik (;
Wednesday, October 26, 2011 6 comments

Boys Look To Your Fingers!!


ini yang aku nk bgtau , perhhh! statement nie aku x akui sbb jari tangan aku equal , huhu maknenye aku GAY?! tapi aku aku bukan GAY! dari hati and akal fikiran . weyh NABI MUHAMMAD S.A.W x
Tuesday, October 25, 2011 2 comments

Damaged Otak Korg if





Tak Makan Pagi

otak menggunakan 25% tenaga daripada 100% keperluan badan korang, if korang x mkn pagi maknenye paras gula jadi rendah ( bukan gula dekat romah korang ok! gula dalam darah ) dan akan menyebabkan bekalan nutrisi berkurangan pada otak. Banyak sel² otak korang akan mati dan keseluruhan otak korang menjadi tidak active,, then jadi cam aku . kul 9.30a.m masuk toilet n tido kul
Monday, October 24, 2011 3 comments

Aku pun x faham layankn je la yea ~

AKAL fikiran adalah naluri serta cahaya kekuatan yang dianugerahkan Allah kepada hamba-Nya bagi membezakan kebenaran dan kebatilan. Akal juga dapat mencerna maklumat diterima sama ada benar-benar menepati cita rasa syariat yang menjurus kepada natijah pahala dan dosa.
Sunday, October 23, 2011 1 comments

Tujuan Hidup Manusia

Ramai orang mempercayai bahawa makna hidup adalah untuk:

  • mengumpulkan harta kekayaan;
  • memajukan perkembangan manusia yang semula jadi, ataupun menyumbang kepada gen manusia  
Saturday, October 22, 2011 1 comments

My Blog is My Life's


ASSALAMMUALAIKUM.....

apa yang difikirkan oleh korang la mase 1st time korang nk buat blog? 1st sbb income? 2nd sbb personal utk meluahkan perasaan dlm blog nie or 3rd saje suke suke sbb trend? masa 1st aku buat blog nie ada 2 sbb.
Friday, October 21, 2011 0 comments

Terima Kasih Department HC BP TM Government

aku sangat berterima kasih kepada AGM, Manager² dan kakak² non-executive . aku da nk abesh practical da kat MENARA TELEKOM nie. haish! rindu la kat korang , bg aku yang best kat sini adalah pekerja kat sini da anggap aku macam adik beradik dorg . sentiasa ingin membantu bila aku susah , menghargai kita seadanya .nak keje kat sini nak keje sini huhu. banyak ILMU yang aku dapat kat sini,
1 comments

Lunch with me endyscenes


Lawak Pendek

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
0 comments

Lawak Lagi Lahhhh!!!


Orang Bodoh & Orang Pandai

Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)
 

 
;