Monday, April 22, 2013

Nikmat Terpenting Dalam Hidup

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? Surah AR-RAHMAN (55:13) 

Aku sentiasa melihat ayat ini agar aku tidak lupa siapa diri aku sebagai HAMBA ALLAH S.W.T, tetapi sebagai hamba ALLAH S.W.T yang lemah dan tidak berdaya, aku sentiasa lalai dalam melakukan kewajipan yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T kepadaku.

Pemurahnya ALLAH S.W.T adalah dengan memberi AL-QURAN kepada umat manusia agar manusia bersyukur, seringkali aku bertanyakan kepada diriku sendiri, adakah aku bersyukur? dan aku sering berkata kepada diriku, bagaimana untuk mengenal ALLAH S.W.T? jawapan aku dapat adalah dengan megenali nama-nama-NYA, 

Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik. Surah TAHA (20:8)

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. Surah AN-NAHL (16:78)

ayat diatas menerangkan bagaimana fungsinya akal manusia melalui pendengaran, penglihatan dan hati (membezakan yang haq dan bathil)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. Surah AL-ARAF ( 7: 179)


0 comments:

Post a Comment

 
;