Tuesday, November 18, 2014

Mistik & Seram

Ini adalah pengalaman aku yang pelik, mana taknya cuba korg bayangkan if korg     dalam situasi aku masa tu, apa korang rasa? belum cerita mcm mana nk rasa kn kn? Ceritanya begini, cewahh.. masa tu aku bekerja sebagai supervisor di sebuah pusat karaoke, bos aku buat makan2 sbbnya biasalah if sale naik mestilah dpt bercuti or makan2 betul x? kami plan nk buat mkn2 sambil mandi air terjun, plan punya plan dapat gak destinasi iaitu ke ulu yam. Esoknya, kami pun berangkat ke ulu yam, bila sampai je kat sana semua staf buat muka, ala biasa la muka yg mcm ada rasa2 mcm x best, maklumlah kami ni suka air terjun, pastu ada sorg staf aku ni dia bg cadangan g mandi air terjun kat hulu selangor, lama jugak la nk smpi kene redah hutan lagi, penat beb ddk dlm keta, tempat yg staf aku bwk ni mmg cantik dan yg bestnya air terjun tu 7 tingkat ada dalam ada x, suasana of coz la nyaman, kami pun memulakan aktivit riadah macam biasa la, panggang ayam, ikan dan yg sepatutnya la, aku ni jenis yg suka men dgn batu, ala yg suka tegakkan batu tu, tu da mmg kebiasan aku bila jumpa sungai haha, jadi aku naik ke atas la sbb kat atas xde org kn, so bila aku naik, aku ternmpk ada org berpakaian mcm pendekar masa dulu, aku x pelik sgt sbb aku igt ada shooting filem, sbb masa sampai tadi aku ada nmpk van van utk org shooting, so aku ni jenis gatal suka nk inteframe haha, so aku ikutlah skali. Aku pelik org yg pakai mcm pendekar ni buat dekk je mcm buat2 xnmpk aku ikut dia, ikut punya ikut smpi lah ke destinasi shooting tu, punyalah ramai orang, semua pakai baju org2 dulu, aku da rasa mcm parti costume je, siap chalet yg cantik lak tu, chalet tu mcm rumah kampung dulu2, ada org ni aku pun x kenal, mmg la sbb br jumpa, dia pun x kenal aku, dia dtg kat aku, tnya nama aku takut gak kalau kalau dia marah ke, tapi eksperesi muka seolah olah x marah,  dlm hati tah tah dia nk ajak berlakon skali mana tau nk masuk tv haha. Aku jwb la nama aku endy ddk kat gombak, mcm2 la aku citer, dia tanya mcm mana boleh smpi tempat tu, aku jwb sbb ikut brader tu yg berlakon tu, dia ckp yg tmpt ni kampung, belum pernah org dtg kat tmpt ni. aku pun pelik, habis org shooting tu apa? Maybe org shooting buat kat kampung tu kot, dorg ikut short cut dr jalan sungai lg senang kot sbb aku ni suka fikir positive, fikir logic dulu, dia diamkn je, pastu dia perkenalkan diri dia sebagai suran, apa kelakar nama dia dlm hati la, xkn nk ckp depan2 gila kau, kena tapek skali br kau tau, dia bwk aku pergi umah dia, biasa la jalan kampung, jauh la sikit. Sbnr aku x igt pun yg aku berkelah sbb aku rasa kampung ni buat aku lupa semua benda kat dunia smpi perasaan syak pun xde. Aku ikut la smpi ke rumah, jumpa mak ayah dia, ayah dia org panggil pak itam mak dia org panggil mak itam la of course. kebetulan mak dia br habis masak,  jadi dia jemput la aku mkn skali, aku pantang ada makanan kampung, mmg licin pingan dibuatnya haha. kami pun berbual panjang, mcm org kampung tanya orang bandar, mcm2 di tnya. Tup tup aku br teringat yg aku g camping ngn bos aku, apa lg aku pun salam pak itam ngn mak itam, aku ckp kat suran aku nk balik sbb staf2 n bos aku tggu. Aku pelik mcm mana aku x igt yg aku g camping ngn bos n staf2 aku tu hadoy mau kena maki ni, blah terus ikut jalan aku yg aku lalu tadi, suran pesan kat aku sebelum aku blah, jgn pandang belakang smpi aku jumpa tempat brader pakai baju org lama2 tadi tu, pastu masa aku smpi, ada orang panggil nama aku, ramai lak tu. Yg panggil nama aku tu sapa.tah, bkn aku kenal pun, dia ckp hilang da 4 hari. Aik tu yg aku pelik smpi skrg ni.

0 comments:

Post a Comment

 
;