Tuesday, May 29, 2012

Sejarah Melayu Telah Diputarbelitkan!


Kita telah diajar mengenai bangsa melayu didalam buku teks semasa dibangku sekolah, tentang bagaimana PARAMESWARA meneroka semenanjung dan menamakan negeri itu sebagai negeri MELAKA, tetapi adakah korang lupa yang sebenarnya melayu memang sudah lama ada di tanah semenanjung? berdasarkan FAKTA, asal usul Hang Tuah 5 bersaudara, dimana mereka berasal daripada Negeri Kelantan walhal pada masa itu kerajaan LANGKASUKA (Kedah, Kelantan dan Pattani) sudah lama wujud. jadi dengan fakta ini, adakah benar PARAMESWARA adalah orang pertama yang membuka kerajaan di semenanjung? 


cuba kita lihat catatan daripada pengembara cina dan juga pengembara arab yang pernah melawat ke tanah yang kaya dengan hasil teknologi ini. .Misalnya catatan Chang Chun,duta dinasti Sui yang melawat Chi tu dalam abad ke-7 Masehi:


Kerajaan Chi-tu, yang sama bentuk dengan Funan, adalah terletak di laut selatan. Melalui laut, ia boleh dicapai lebih dari 100 hari perjalanan.Warna tanah di tempat itu adalah merah, dengannya nama kerajaan itu dinamakan. Di timurnya ialah kerajaan Po-lo-la,di barat ialah kerajaan Po-lo-suo dan di selatan ialah Ho-lo-tan. Di utaranya ialah laut. Negeri ini keluasannya beberapa ribu li (1 li bersamaan 6.667 meter persegi).Nama keluarga rajanya ialah Qu-tan,namanya pula ialah Li-fu-dou-sai," kerajaan asal LANGKASUKA.


Catatan dari pengembara dan pedagang yang bernama Sulaiman yang mencatatkan satu kerajaan besar

bernama Zabaj pada tahun 851 Masehi,kemudiannya dikomentar oleh Abu Zaid Hassan pada tahun 916 Masehi:


Raja Zabaj dikenali sebagai 'Maharaja'....dia memerintah ke atas pulau-pulau yang tidak terkira banyaknya. Pulau-pulau Sribuza, Rami...semuanya kepunyaan Maharaja .Kerajaan maritim Kalah juga di bawah takluknya...pulaunya sendiri adalah subur dan populasi penduduknya sangat padat dan berterusan Sumber


ini pula catatan yang diantaranya ada merupakan bukti kerajaan LANGKASUKA. Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.


Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...


Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.


Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.


Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan.


Dalam artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"


Benarkah begitu? Sumber


pernah MASTIKA mengeluarkan cerita mengenai ZAINAL AL-JOHAN , yang menceritakan tentang keberadaban orang-orang melayu yang suatu ketika dahulu maju dari semua aspek.Sumber


jadi dimanakah logiknya kerajaan melayu yang suatu ketika dahulu maju menjadi terlalu mudur di dalam catatan buku teks sejarah di masa kini? dah la cerita tentang tamadun awal KEDAH macam hampeh yang telah di filemkan oleh KRU iaitu Merong Mahawangsa, dengan tamadun yang tak berbaju lah. walhal kita lagi maju daripada mereka. 


fikirkan sejenak, kenapa bangsa melayu ini menjadi terlalu mengikut budaya barat yang banyak merosakkan hidup orang melayu? kenapa kita seperti manusia yang terlalu mengikut telunjuk orang-orang mereka? Ini aku baru masukkan berkenaan dengan budaya MELAYU, belum aku masukkan AGAMA lagi. 

0 comments:

Post a Comment

 
;