Friday, October 21, 2011

Lawak Lagi Lahhhh!!!


Orang Bodoh & Orang Pandai

Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)
 


Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu
Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!!

Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang
Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip... dapat baca semua sekali wo

Orang bodoh = kentut kuat² kat office pas tu bangga ngan baunya
Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah guess sapa member sebelah tu?...sibodoh yg kentut kuat tula!)

Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)

Ada lagi...scroll down





Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni!
Orang pandai = saper yang forward cerita ni... há há há...aku la tu...
jadi yang mana satu pilihan bijak?
pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

LEPAS BACA JANGAN MARAH.....NANTI KENA JUAL!!!!
****kalau nak jadi org yg pandai, cepat-cepat ler fwd cerita nih.......heheheheeeee..........

p/s: takkan nak kena sorang2 kan??? Kan?? Kan???? 



Antara Dua Darjat



Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu..macam nama gangster..tapi..apa nak buat dah memang nama aku gitu, bersyukur ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan bermesra.Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang.

Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat. Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku dengar, ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan. Wallahualam..

Sekarang aku sudah remaja he..he.. Seronoknya!! Seronoknya!! Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia seorang..Nurlida namanya...orangnya cantik manis, lemah-lembut, sopan santun..ahhhh..kira perfectlah !! Come lote,..kata oghe Kelate..

Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi masalahnya..itulah..dia tu anak Pak Mat!! Jadi ..terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ini..sekadar menumpang.

Kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang layu..dagang tuan dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu..hai sedihnya Semalam, ahhh..semalam..merupakan hari yang paling malang dalam hidupku. Bunga yang aku puja- puja selama ini telah dirampas orang.!! Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak dengan si Nurlida..gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarir..
Cis!! bukan main mesra lagi.

Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam kampung nie..kenapa awek aku jugak yang kau kacau..nanti kau Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur. Memang sukar aku nak terima kenyataan ini..

Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..melihat dia bermesra-mesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya, itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?..Yaa..KL..aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana.
Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi ..terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf..
Ya, aku tahu..aku tahu, aku niii....aku niii..... cuma seekor kambing,?

So what?? Kambing tak buleh bercinta ke?ke? ke?

Makan Semut

Ketika memeriksa seorang pesakit ,Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.

Suri rumah:Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!
Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.
Suri rumah:Tapiiiii....saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati.
Doktor :Apa?????Cepat bawa dia ke hospital!


Belajar Bahasa Melayu Kuno bersama Prof.

Kali ini saya ingin membuka kelas bahasa melayu Kuno. Bahasa-bahasa ini sudah tidak digunakan lagi pada masa kini. Ia digunakan pada tahun sekitar 1511-1621. Kepada adik-adik, jangan gunakan dalam karangan di sekolah yerr!

1.KENYUMIK
Maksud: Senyum yang menampakkan sedikit lidah bersama dengan mimik muka ala-ala sejenis binatang yang tidak boleh disebut.
Contoh Ayat: Anuar Zink yang sedang menunggu bas telah berkenyumik kepada makcik Rosalinda yang sedang membawa anak kucingnya berjalan-jalan. Anak kucing makcik Rosalinda kemudian mati kerana kekenyumiktan si Anuar Zink berada pada tahap keburukan yang amat dasyat.

2.KUTILPUNYUT
Maksud: Perbuatan yang tidak disenangi oleh ketua kampung seperti menyiram kambing dengan air panas, membuat tatto pada badan lembu dan mengajak ayam pergi karaoke.
Contoh Ayat: Satu kampung tahu dengan perangai Roberto yang suka kutilpunyut binatang-binatang ternakan. Lalu satu jawatankuasa khas telah dirombak oleh orang kampung bagi membolehkan Roberto dikutilpunyut oleh ayam-ayam belaan makcik Rubella.

3.TELUMPAK
Maksud: Membaling telur labi-labi ke arah orang yang sedang mengadakan ceramah perdana.
Contoh Ayat: "Kurang asam punya Redondo, ditelumpaknya aku dengan tetamu-tetamu kehormat sekali kena. Kalau yer pun jangan la marah sangat pasal aku nikah dengan janda dia." Kata Datuk Dr. Alberto Einsteino kepada penjaga tandas Central Market sambil menelumpak ke muka penjaga tandas tersebut.

4.KOLKOTUM
Maksud: Sejenis minuman ringan didalam tin perasa daun ketum yang akan membuatkan peminumnya buta huruf.
Contoh Ayat: Kerana terlalu banyak mengambil kolkotum yang berlebihan, seluruh penduduk Kg. Tempoyang terpaksa masuk tadika semula akibat sudah tidak tahu lagi membaca buku. Perbuatan seperti ini bolehlah diumpamakan seperti Karam dilaut boleh kurenang, Karam di hati nak bayar hutang. Karam Sinkh Walia untuk TV3.

5.SYIRUM
Maksud: Menyorok dari perbuatan yang menakutkan.
Contoh Ayat: Luziano yang sedang melarikan diri dari ceti telah mensyirum ke dalam kain pelikat ketua kampung yang sedang mengadakan kuliah subuh. Akibat dari perbuatan itu Luziano telah ditempeleng 8 kali kerana telah menjatuhkan martabat ketua kampung iaitu pakcik Leornardo.

6.SPENTOT
Maksud: Spender yang menampakkan sedikit bontot.
Contoh Ayat: Semasa pakcik Leornardo menyertai pertandingan lari dalam guni peringkat kg. Tempoyang, dia terjatuh semasa mengambil korner tajam kemudian terguling-guling ke arah himpunan pelajar Pandu Puteri dan terpelanting keluar dari guninya. Lalu ternampaklah spentot lubang-lubangnya yang berjenama remona. Akibat dari kejadian itu, pakcik Leornardo sangat malu sehingga menarik diri dari melakonkan watak utama dalam drama makcik Rosalinda.

Sekian dahulu kelas saya pada hari ini. Kepada komentar, sila komen apa benda yang korang nak belajar. Saya buleh ajarkan. Selamat minum sirap!
 

0 comments:

Post a Comment

 
;