Monday, November 26, 2012

Agungnya rezeki mu ya RABB...

Assalammualikum

Sesungguhnya rezeki, jodoh dan ajal maut di tangan ALLAH S.W.T . itu lah yang sentiasa aku praktik kn dlm hidup aku, perinsip ini lah yang membuatkan aku sentiasa tabah dan sabar menghadapi ujian dari NYA. tapi kadangkala kite lupa dengan ALLAH S.W.T . kite hanyalah manusia biase yang sentiasa membuat kesilapan, tapi xkn smpi banyak kali kot??? 

cube korang muhasabah diri, apa yang korang dapat if korg membuat kesilapan yang bagi korg tu seronok?? contohnya macam pergi night club or minum arak n hisap dadah, kenapa perlu dibanggakan? apa yang memuasakan diri sendiri dengan mematikan hati?? 

bukan aku nk cakap besar la, aku pernah melalui segala yang aku sebutkan di atas. walaupun aku penah melalui segala bende yang aku sebutkan tapi sebenarnya jauh di sudut hatiku, aku mencari apa yang sesuatu yang lebih menyeronokkan lebih dari pergi night club, drunk and drug. 

dan now aku sudah menjumpainya, aku sebenarnya dilahirkan sebagai manusia yang keluarganya porak peranda. tapi aku tidak pernah menyalahkan mereka, walaupun kadangkala terlintas di hati bagaimana daif nya hidup aku nie. 

aku masih teringat sewaktu aku menyentuh ARAK , aku menyebut BISMILLAHHIRAHMAN'NIRAHIM, tiba-tiba badan aku mengeletar seperti aku takutkan sesuatu . aku rasa serba salah. salahnya aku pada tuhan yang menciptakan aku .

kadangkala kita sebagai manusia sentiasa melakukan kekhilafan, tiada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W, dan sebagai manusia kita tidak terlepas dari ujian, setiap ujian yang diberikan adalah kerana ALLAH S.W.T menyayangi kita, ALLAH S.W.T tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak dapat kita tempuhi kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T Maha Mengetahui.

aku sering terlupa untuk mengingati ALLAH S.W.T, aku sentiasa melebihkan duniawi daripada akhirat. berzikir kepada ALLAH S.W.T adalah suatu nikmat yang menakjubkan.

2 comments:

SaifulBashrie said... [Reply to comment]

weww...proud of u bro..\m/!!

arina said... [Reply to comment]

terbaik bro.. follow blog aku der :)

Post a Comment

 
;