Sunday, August 7, 2011

Perfection? Kesempurnaan?

wujud ke dalam dunia ni? mungkin tapi jarang berlaku, pasal kesempurnaan nie kadang² membuat aku terfikir tentang keadaan keluarga , social dan diri sendiri. sebenarnye tiada apa yang sempurna dlm hidup ini, kadang² ramai yang berusaha untuk mencari kesempurnaan yang susah untuk dicapai . tapi adakah mereka mencapainya?

terfikir sejenak tentang diriku , family aku tidak sempurna penceraian terjadi antara ibu dan bapa ku sehingga kami adik beradik yang menjadi mangsa mereka , mangsa keadaan kekurangan dari segi kasih sayang tetapi tanpa keadaan sedemikian tidak mungkin kami mencapai sejauh ini cume aku kasihan dengan adik² aku kerana mereka kurang kasih sayang , mereka perempuan perlu untuk belajar dari seorang ibu yang penyayang belajar kehidupan sebagai anak kepada ibu .



sayangnya, ini lah dinamakan takdir . mengajar kami untuk berdikari , mengajar kami untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai matlamat dan kejayaan , ia membuka mata kami untuk mengenal apa itu baik dan buruk , mengajar kami untuk mengenal dunia dengan lebih dekat dan mengajar kami untuk melalui segala rintangan pahit dan getir.

CINTA?? susah untuk digambarkan kerana cinta itu boleh menjatuhkan dan membangunkan seseorang, kegagalan aku terhadap cinta telah mengajar aku untuk menjadi manusia yang sgt tabah dan ia mencerminkan diri ku yang sebenar iaitu takut kepada cinta , tetapi beranikan lah diri untuk bercinta pada yang satu kerana DIA yang MAHA MENGETAHUI



RAKAN-RAKAN!! mereka sentiasa mengembirakan aku even do bengang kadangkala dengan perangai mereka tetapi mereka lah yang dapat membuat aku lupa kepada kesengsaraan, kesengsaraan duniawi kekeliruan dan ketidakadilan serta politik .mereka mengajarku untuk maju kehadapan dan membantu ku . tanpa mereka aku tidak mengenal erti persahabatan .

bersyukurlah kerana ALLAH S.W.T menjadikan takdir kita dengan sebab, kita lah pelakon di dunia yang nyata yang ALLAH S.W.T ciptakan dengan penuh kasih sayang . terima lah hidup kita kerana kesempurnaan itu adalah milik ALLAH S.W.T, hidup lah dengan gembira walaupun dugaan mendatang kerana kesempurnaan itu adalah kebahagiaan .

1 comments:

SaifulBashrie said... [Reply to comment]

Tenang saja bro..ujian Allah tu akan mengajar kita menjadi lebih strong dan terbuktikan.. :D

Post a Comment

 
;