Wednesday, October 19, 2011

Hanya Sekadar Hiburan Untuk Rakan-Rakan Blogger

Dialog

Dialog 1 

Seorang guru bertanya kepada anak muridnye. 
Guru:Jika ayah kamu mendapat RM80 seminggu dan memberi emak kamu separuh,berapakah yang ayah kamu dapat? 
Murid:PERANG!! 
Dialog 2  

Cikgu:''Cikgu minta kamu ceritakan tentang mak masing2''  

Murid A : Emak saye seorang yang penyanyang tapi kuat berleter.  

Murid B:(dgn bersungguh-sungguh) Emak saye pulak sungguh cantik tapi sampai sekarang belom berkahwin. (^-^)   

Dialog 3  

Cikgu: Baiklah murid-murid...hari ini kita akan belajar ABC 

Murid C: Saye tak suka ABC la cikgu, cincau ada tak?  

Terkezzzuuuut...

Tersebut la kisah di sebuah negara Indra Putra Putri Mahkota ( bukan nama sebenar ) seorang raja yang mempunyai seorang puteri yang bernama PUTRI SIPERASAN AYU...  Diriwayat kan lagi bahawa Si Putri nie sungguh jelitawan sehinggakan Siti Nurhaliza pun jelous terkucir melihat kecantikan nyer...  Dijadikan cerita, Sang Raja ingin mencari jodoh untuk Sang Putrinya kerana disebabkan kecantikannya itu Sang Putri tidak mempunyai pasangan hidup, sebab sang laki-laki di negara itu terasa rendah diri untuk masuk memperisterikan Sang Putri malahan putera-putera dari negara jiran juga turut berasa sedemikian rupa.  

Disebabkan Sang Raja ingin Si Puteri itu berkahwin untuk menyambung zuriat keluarga maka Raja tadi telah menghimpunkan seluruh rakyatnyer (lelaki sahaja ) serta beberapa Putera jemputan lain datang kesebuah tasik yang bernama Tasik Sri Sintoq sang tasik Guthri di negaranya yang mana tasik itu dipenuhi buaya-buaya yang ganaz-ganaz dan sedikit ikan keli didalamnyer. Dikatakan juga kumpulan WESTLIFE juga turut hadir untuk memenuhi jemputan Sang Raja berkenaan dan untuk mencuba nasib gak...  

Kesemua jemputan dikehendaki mengelilingi tasik berkenaan dan disebabkan kehadiran yang ramai maka keadaan ditempat kejadian menjadi sesak sehinggakan ada semut yang mati terpijak... Sang Raja pun membuat pengumuman kepada semua tetamu yang hadir.. kata Raja.. wahai rakyat ku sekalian dan putera-putera jemputan juga pada kumpulan Westlife, andai kata ada dikalangan kamu yang boleh menyeberangi tasik yang dipenuhi buaya-buaya yang ganazzz ini akan beta kahwinkan Puteri beta yang cantik rupawan ini dengan lelaki tersebut... 

Maka Raja tadi memperagakan Sang Puteri untuk tontonan umum 21 tahun keatas dan diklasifikasikan sebagai (21sx?).. maka kesemua yang hadir berlelehan ayaq lioq depa melihat kecantikan Puteri tersebut..  Belum pun Raja habis bebicara tiba... burzzzz.. seseorang telah terjun ke dalam tasik dan kelihatan sungguh pantas berenang ke seberang sehinggakan mencatat masa terpantas yg tidak akan dapat dipecahkan rekod kelajuan renangnya oleh sapa-sapa pun atta watson nyambek sendiri yg melakukannya...  Semua yang hadir terpegun, terkaku, kagum dan cemasss sehinga tak dapat diungkapkan dengan kata-kata...

raja tersenyum bangga melihat keberanian jejaka itu...  Yang tambah membanggakan semua yang hadir dan menyebabkan semua yang hadir menggigit jari ialah KEBERJAYAAN sang lelaki itu sampai keseberang dengan salamatnyer...  Maka Sang Raja pun mendapatkan lelaki itu dan bertitah... "Wahai jejaka yang gagah perkasa, akan ku kotakan janjiku untuk menunaikan permintaan mu, apakah keberanian yang kau tunjukkan tadi itu hinggakan belum habis beta berbicara kamu telah terjun ke dalam tasik itu semata-mata kerana putriku?", kata Sang Raja.. 

Jejaka tadi pun bersuara dengan muka yang pucat dan dengan nada suara yang penat bercampur marah..." TIDAK TUANKU..." (berhenti seketika tercungap-cungap kepenatan), dan dengan nada yang marah sesangat si jejaka tadi menyambung percakapannya...  
"SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPA YANG MENOLAK HAMBA KEDALAM TASIK TADI SEMASA HAMBA MASIH MENDENGAR TITAH TUANKU..." 

Mencari kasut kulit buaya


Seorang perempuan yang sangat teringin memiliki kasut dari kulit buaya. Dia pun pergi ke sebuah kedai kasut tetapi kecewa kerana kasut kulit buaya harganya sangat mahal.  " Mahal sangat nie", kata perempuan itu. "Kalau ingin murah pergi la tangkap buaya sendiri," kata pemilik kedai kasut.   
Kecewa oleh perkataan pemilik kedai, perempuan tersebut pergi ke sebatang sungai besar di daerah tersebut sambil membawa senjata api. Beberapa saat kemudian pemilik kedai kasut datang dan kagum ketika melihat tiga ekor buaya mati bergelimpangan di tebing sungai. Sementara itu perempuan itu kelihatan berada ditengah-tengah sungai sedang menembak senjatanya kearah seekor buaya lain. Bunyi tembakan terdengar, kemudian perempuan tersebut menyeret buaya keempat yang baru di tembaknya ke tebing dan kemudian menyumpah, "Sial, yang ini pun tak pakai kasut."

Lagi-lagi Lawak

Lawak 1

SUAMI : KENAPA SAYANG MENANGIS?
ISTERI : SAYA TELAH BACA SEBUAH BUKU. SAD ENDINGLAH BANG...
SUAMI : BUKU APA?
ISTERI : BUKU BANK ABANGLAH....

Lawak 2

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar-siar.
Menaiki kereta. Dalam perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon, saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???

Lawak 3

Adalah seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Lawak 4

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan dengan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........


Lawak 5

Dalam sebuah kebun ada bermacam-macam pokok buah-buahan, tiba-kebun kebun tu terbakar, semua buah-buahan musnah kecuali 3 buah je yang terselamat.. buah ape ek?

1. Buah Cempedak = diluar pagar
2. Buah Keranji = didalam perahu
3. Pisang Emas = dah dibawa belayar... jgn marah haaaa...
 

2 comments:

Faieza Maddaru said... [Reply to comment]

hihihihi....lepak sini jap..best3x...

EndyScenes said... [Reply to comment]

@Faieza Maddaru: lepak la selalu , banyak lagi cerita lawak utk korang (; terima kasih kerana membaca

Post a Comment

 
;