Wednesday, October 19, 2011

Lawak , Funny , Lawak , Funny!!! GILER!!


Pelancong yang Sombong

Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi. Mr John inilah menara Dayabumi..dibuat dari mammar putih.. bila malam ia berkilauan...kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya..kata pemandu teksi dengan bangga.
 


Ceh..kalau di USA..bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk menyiapkannya.

Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.Oh...kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya.

Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.

Pelancong tadi dengan tersengih...menyindir..Che Mat...berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC.

APA? kata pemandu teksi tadi...mana bangunan?kata Pemandu itu lagi kehairanan. Itu..yang tinggi tu..Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC. La......Usupadora...entahlah Mr John...semalam saya lalu kat sini takda pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh...his..impossible. Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil menyesal.



23 perkara jangan dilakukan ketika memandu


1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.


Adik-beradik

Di sebuah sekolah tadika, seorang guru sedang menyoal anak muridnya..

Cikgu: "Ijoi, awak ada berapa orang adik-beradik?"
Ijoi : "Ada tiga, cikgu."
Cikgu: "Awak yang paling tua, ke?"
Ijoi : "Bukan saya, datuk saya..."


Perihal semut

Alang : Kenapa semut kecik?
Along : Pasal mak bapak dia kecik...

Alang : Ada sekumpulan semut sedang berjalan-jalan untuk berhari raya di rumah kawan-kawan nya. Bile dah penat sumer duduk. Lepas tu jam dia orang nak jalan, dia orang takleh bangun, apasal?
Along : Pasal kaki dia orang semut-semut...

Datuk Yang Hebat

Tom dan Harry sedang bercakap mengenai datuk masing-masing.

Tom : Datuk saya tahu bulan apa dia akan mati, tahunnya dan mengtahui masa dia akan meninggal dunia

Harry : Hebatnya! Bagaimana dia tahu? 


Tom : Dia telah diberitahu begitu oleh hakim di mahkamah...

Pitis (duit)

Suatu Jumaat Pak Mat Pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat. Oleh kerana die memakai kain, die hanya membawa RM1 untuk tambang bas pergi dan balik dari masjid. Selepas menerime baki wang dari konduktor bas, Pak Mat memasukannya iaitu sekeping wang 50 sen kedalam saku baju melayunya.

Apabila tiba waktu sembahyang dia pun sama-sama berdiri mengikut jemaah lain..

Ketika hendak rukuk, duit 50 sennya tadih terjatuh dan tergolek di saf depan memikirkan itu aje wang yang dia ada. Die pun menegur orang disaf depan,

Pak Mat : Jange Ambik Pitih aku tuh
Jemaah 1 : Eh, aku tok sey limo puluh sen tuh gak
Jemaah 2 : Weh ore semaye mane buleh kecek
Jemaah 3 : Hok mung kecek tuh..
Jemaah 4 : Mujo Aku tok kecek deh

 moral : lain kali gi semayang bawak lapan dozen duit syiling

Doa si Anak...

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".

Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah... ?@!%^#=+??

Kwang Kwang Kwang ...


p/s: anak saper sebenarnya budak nih? 

0 comments:

Post a Comment

 
;